RSS

BERSIH 3.0 – RENUNGAN

Kehidupan yang aman damai dan perasaan rasa selamat untuk bergerak bebas di negara ini harus dihargai dan dikekalkan. Selama 55 tahun negara ini mencapai kemerdekaan, hanya satu peristiwa hitam berlaku yang sehingga hari ini menjadi titik hitam dalam sejarah negara iaitu Peristiwa 13 Mei 1969. Pergolakan antara kaum, demonstrasi berdarah, pembunuhan dan kerosakan yang diakibatkan oleh Peristiwa 13 Mei 1969 harus menjadi ikhtibar dan pengajaran kepada generasi muda hari ini.

Persoalannya, kenapa dan mengapa negara yang aman damai ini harus dikucar-kacirkan demi kepentingan politik segelintir manusia yang terlalu angkuh dan tamakkan kuasa? Apakah sudah tidak ada jalan rundingan atau muzakarah yang boleh mempertemukan pihak-pihak yang terlibat untuk duduk bersama-sama membincangkan apa jua permasalahan demi kepentingan rakyat keseluruhannya. Apakah masalah atau isu-isu berbangkit boleh diselesaikan menerusi demonstrasi jalanan? Kesannya jauh melangkaui jangkaan di mana lebih banyak kerosakan, kemusnahan dan kecederaan telah berlaku. Ini seterusnya menyemarakkan lagi api perkauman yang telah sedia menyala di lubuk sanubari jiwa-jiwa wira kumpulan-kumpulan yang sedang memerhatikan dengan perasaan yang membuak-buak. Jangan sampai peristiwa hitam 13 Mei 1969 ini berulang kembali!!

Begitu memeritkan bila mengenang pasukan keselamatan yang bertugas dipukul, dicaci, diugut dan dicederakan. Adakah ini budaya yang ingin kita jelmakan sebagai sebuah masyarakat maju di tahun 2020 kelak? Kenapa harus disamakan antara situasi Malaysia dengan Mesir dan lain-lain negara Arab yang sedang mengalami pergolakan? Kenapa harus disamakan antara Dataran Merdeka dengan Dataran Tarib?? Kegilaan dan ketaksuban peserta-peserta yang terlibat dalam Bersih 3.0 memang di luar jangka. Apakah mereka-mereka ini benar-benar berjuang atas dasar prinsip atau sekadar menerima upah sebagai sundal kepada parti-parti politik pembangkang? Yang memukul melayu dan yang dipukul adalah melayu. Di mana letakkannya maruah diri dan kebanggaan sebagai orang melayu? Sedarlah wahai orang-orang melayu… bahawa persitiwa 13 Mei 1969 jika berulang akan memperlihatkan pertumpahan darah sesama melayu. Bangsa-bangsa lain akan bertepuk tangan dan memainkan irama makyong bagi mengerakkan patung-patung upahan mereka ini.

 

 

 

 

 
2 Comments

Posted by on May 3, 2012 in Uncategorized

 

MEDIA PEMBELIT DAN PENGHASUT

Kebebasan media merupakan isu yang amat penting dan sentiasa menjadi perbahasan serta perdebatan di forum-forum antarabangsa. Bila menyebut perkataan kebebasan media atau media yang bebas, ia sering merujuk kepada kebebasan media dalam melaporakan sebarang bentuk penyelewengan, kepincangan dan jenayah yang dilakukan oleh semua pihak. Namun yang sentiasa menjadi isu panas dan mempunyai news value ialah pendedahan berhubung isu-isu berkait dengan Kerajaan memerintah dan agensi-agensi yang berkaitan.

Kerajaan yang dikatakan mengamalkan demokrasi perlu menjelmakan situasi di mana media bebas mencetak dan mengeluarkan apa-apa isu walaupun isu-isu yang berkenaan boleh mencalar serta meruntuhkan pemerintahan yang ada.

Di Malaysia, kebebasan media jelas wujud dengan adanya akhbar-akhbar berbaur politik seperti Harakah, Aliran, Suara Keadilan serta ditambah dengan kewujudan media portal seperti Malaysiakini dan Malaysia Insiders, Free Malaysia Today dan sebagainya. Ini tidak termasuk blog-blog yang wujud, yang mana kepentingannya tidak dapat dinafikan dalam membentuk sikap dan persepsi (agenda-setting) masyarakat terhadap isu-isu yang dimainkan.

Apa yang penting bukan sahaja isu kebebasan media sahaja? Malahan yang harus diutamakan ialah melahirkan media yang bebas, bertanggungjawab serta akauntable terhadap apa jua isu yang dibangkitkan. Peranan media bukan sahaja membuat pendedahan tetapi wajar juga mendidik, mengajar dan menghasilkan maklumat yang seimbang, betul, tepat dan disokong fakta.

Apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini ialah penguatkuasaan ke atas media-media portal di negara ini dilihat semakin lemah. Ini membuatkan media-media portal seperti Malaysiakini khususnya berani mengeluarkan tajuk-tajuk berita yang bukan sahaja mengelirukan malahan mempunyai elemen berbaur hasutan, kebencian dan pembohongan besar. Perkara ini sekiranya tidak dibendung bukan sahaja meracuni pemikiran rakyat tetapi membawa kepada kemusnahan yang lebih besar menandangkan negara ini terdiri daripada pelbagai bangsa dan anutan.

Hampir setiap hari pelbagai komen yang berbaur hasutan dan cacian dilemparkan hasil dari tajuk-tajuk berita yang sengaja disensasikan. Komen-komen ini telah dikenalpasti datangnya dari golongan cyber-trooper yang tugasnya hanya menyebarkan fitnah dan cacian. Begitu mudah untuk mencaci, menghasut dan memaki-hamun di ruangan komen tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Kerajaan patut mengambil tindakan dan menghukum pengamal-pengamal media seperti ini sebagai pengajaran kepada yang lain.

 

 

 
1 Comment

Posted by on April 6, 2012 in Uncategorized

 

MALAYSIA BERBANDING GHANA

Aku buat sedikit kajian hasil Lawatan kerja rakan-rakan yang pernah pergi ke Republik of Ghana. Sedikit perbandingan antara Ghana dan Malaysia buat renungan kita bersama. Ghana merupakan sebuah negara berdaulat yang terletak di Barat Afrika.

Kedua-duanya iaitu Ghana dan Malaysia merupakan negara bekas jajahan kolonial iaitu British. Yang menariknya kedua-dua negara ini sama-sama merdeka dalam tahun 1957. Ini bermakna kedua-duanya telah merdeka hampir 55 tahun.

Jika dibandingkan antara Malaysia dan Ghana, walaupun kedua-duanya dah lama merdeka ialah seperti langit dan bumi baik dalam apa segi sekalipun. Malaysia jauh lebih maju berbanding Ghana. Menurut teman yang pernah melawati Ghana, kebanyakan jalan masih tanah merah. Rakyat masih mundur. Kadar kemiskinan tinggi dan pembangunan bersamaan tahun 1970-an di Malaysia. kedua-dua negara kaya dengan hasil bumi tetapi pembangunan dan kemajuan yang dikecapi Malaysia jauh kehadapan. Kenapa boleh jadi begitu? Kadar jenayah tersangatlah tinggi. Sampaikan untuk berjalan menaiki kereta dengan diescort oleh Polispun belum tentu selamat. Bayangkan, bila kereta berhenti dilampu isyarat, ada kereta polis dihadapan dan pengawal peribadi di dalam kereta, orang-orang diGhana masih berani ketuk cermin kereta, nak minta duit. Apatah lagi jalan berseorang… alamat menempah nahaslah jawapnya. Kemiskinan yang menghimpit membuatkan rakyatnya terpaksa jadi ganas untuk survival.

Banyak pengajaran yang boleh diperolehi dari kisah kedua-dua negara ini. Kita sebagai rakyat Malaysia patut bersyukur dengan rahmat, kemakmuran, keharmonian dan keselamatan yang ada di negara ini. Itu sebablah ramai rakyat asing termasuk yang berkulit hitam ini suka datang ke Malaysia mencari rezeki. Negara ini makmur dan maju. Bukan nak puji Kerajaan yang ada, tetapi inilah hakikat, inilah realiti sebenarnya. Kita patut berbangga mempunyai Kerajaan yang terbukti berjaya memakmurkan negara kita. Rakyat Malaysia patut bersyukur. Apa yang kita nikmati selama ini bukan sesuatu yang kekal. Pokok pangkalnya kita kena pertahankannya. Tidak mustahil suatu hari nanti kita akan bergolak, jatuh mundur dan kembali ke era 70-an jika kita asyik berbalah mengenai kuasa politik dan hanya pandai memburuk-burukkan negara. membakar api perkauman menerusi politik akan menyebabkan rakyat berpecah belah dan politik menjadi tidak stabil sehingga menyebabkan keselamatan negara terancam. banyak contoh di kalangan negara asean sendiri yang dulunya jauh lebih moden dan maju dari kita jatuh mundur pada hari ini disebabkan setidak stabilan politik dan rasuah pemimpinnya. Contoh terbaik ialah Filipina.

Renung-renungkanlah. Apa kata Kerajaan buatlah sekali-sekali trip untuk ahli-ahli Parlimen termasuk BN dan Pembangkang untuk melawat negara-negara macam Ghana, Nigeria dan lain-lain di benua afrika ni. Boleh juga diaorang dapat pengalaman hidup susah. Ni tidak asyik-asyik melawat London dan Paris je.

 
2 Comments

Posted by on March 22, 2012 in Uncategorized

 

PELANTIKAN LEMBAGA PENASIHAT CERMINAN KEBEBASAN SPRM

Terpampang dalam Utusan Malaysia bertarikh 21 Mac 2012 akan gambar ahli-ahli Lembaga Penasihat SPRM bersama-sama DYMM SPB Yang DiPertuan Agong. Gambar ini dikatakan diambil sempena Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Lembaga yang berkenaan. Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli lembaga penasihat yang dilantik.

Peristiwa ini sebenarnya penting dan bermakna kerana ianya menggambarkan kebebasan lembaga yang berkenaan. Agong yang lantik tu. Bukan calang-calang orang nampaknya ahli-ahli lembaga penasihat SPRM ini. Macam-macam rupa, latar belakang kepakaran dan bangsa. Lengkap kesemuanya. Ada yang bekas Penasihat Undang-undang, peguam, tokoh korporat, auditor, ahli akademik, NGO dan bekas pegawai tinggi Kerajaan.

Lembaga inilah yang memainkan peranan penting sebagaiinstitusi yang menasihati Kerajaan untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan rasuah yang lebih berkesan terutama yang libatkan polisi dan dasar kerajaan. Contoh terbaik bilamana beberapa isu seperti pengisytiharan harta anggota pentadbiran, penubuhan suruhanjaya perkhidmatan, political financing, tambahan keanggotaan sebagaimana yang disyorkan oleh lembaga ini mendapat perhatian dan persetujuan PM baru-baru ini. Tahniah kami ucapkan.

Seperkara yang penting, nasihat aku kepada ahli-ahli lembaga ini:

1. Anggaplah jawatan ini sebagai amanah dan tanggungjawab besar;

2. Anda semua mewakili masyarakat. Suara anda adalah suara masyarakat;

3. Jangan pula menyalahgunakan nama sebagai ahli lembaga SPRM untuk kepentingan diri;

4. Jangan jadikan lembaga ini sebagai medan politik;

5. SPRM adalah agensi yang bebas. Jangan menganggap lembaga sebagai pengawal agensi ini dalam ertikata cuba mempengaruhi dan memberi arahan untuk bertindak atau sebaliknya. Tugas lembaga adalah menasihati dan menegur;

6. Jangan mencampuri urusan penyiasatan dan berpegang kepada terma rujukan kewujudan lembaga ini.

Selamat bertugas. Berkhidmat demi bangsa, agama dan negara.

 

 

 
2 Comments

Posted by on March 22, 2012 in Uncategorized

 

SPRM : KUDA TUNGGANGAN MUSIM PILIHANRAYA

Aku nak nasihat SPRM agar lebih berhati-hati bila menjelang musim Pilihanraya ni. Dalam media massa dah seakan-akan satu fenomena pulak, baik dari Parti Kerajaan apatah lagi Parti Pembangkang yang bersusun-susun datang membuat aduan kepada SPRM mengenai kesalahan rasuah yang melibatkan calon-calon parti lawan masing-masing. Bermula dengan isu sampah, pasir, air, stadium runtuh, bantuan rakyat sampailah isu lembu, semua datang ke pejabat SPRM di seluruh negara mendesak SPRM agar menyiasat dakwaan yang dibuat.

Buat SPRM, ini jelas menunjukkan bahawa SPRM masih dipercayai dan diyakini oleh Masyarakat akan kemampuannya sebagai benteng terakhir rakyat mengadu-domba akan permasalahan yang berlaku… walaupun kebanyakan kes yang dilaporkan tu tak ada kena-mengena dengan kesalahan di bawah Akta SPRM. Kalau selama ini pembangkang yang dok kutuk SPRM sebagai agensi yang berat sebelah, pun turut datang ke pejabat SPRM untuk buat laporan ke atas musuh-musuh politik mereka. Kutuk tetap kutuk, dah memang kerja pembangkang untuk kutuk dan kritik. Tetapi bila ada masalah, SPRM tetap sumber rujukan mereka.

Hasil daripada pelbagai laporan yang diterima SPRM sepanjang musim pilihanraya ini, bukan setakat kes-kes terbaru malahan kes-kes lama pun dah mula diungkit. Contoh kes yang melibatkan MB Kelantan, Menantu MB Kelantan, Azmin Ali, MB Selangor, CM Sarawak, CM Sabah dan macam-macam lagi kes. SPRM kenalah jawap kepada masyarakat. Jangan simpan atau pendamkan. Kena berani!! Kalau tak ada kes kata tak ada. Lagipun apa nak takut, keputusan yang mengatakan tak ada kes, tak cukup keterangan, takada bukti… bukan keputusan SPRM. SPRM hanya menyiasat bukan begitu. Itu semua keputusan Peguam Negara. So, Kalau Peguam Negara dah kata tak ada kes bermakna tak ada kes lah. Kalau masyarakat tak puashati biar diaorang belasah Peguam Negara. Dah perlembagaan yang kata gitu.

Kita semua kena faham skop tugas dan bidang kuasa SPRM, mereka ini hanya menyiasat kes rasuah sebagaimana yang termaktub di bawah Akta SPRM 2009. Kalau kes curi pasir, curi balak, jalan berlubang, seleweng duit projek lembu, kes pecah amanah, kes tipu dan macam-macam lagi kes yang jelas tak ada kena mengena dengan rasuah, laporlah pada Polis atau PBT. Aku difahamkan pegawai penyiasat SPRM hanya sekitar 400 orang satu Malaya. So, sampai bila agaknya masalah rasuah nak selesai kalau lain-lain kes hangpa lapor kat SPRM jugak.

Agensi ini jadi serba salah. Tak siasat kata takut dan selindung. Kalau siasat tak ke mana kes tu. Manakan tidak, belum sempat masuk dah heboh satu dunia. Habislah semua bukti dan keterangan yang ada. Penyanggak rasuah akan ambil kesempatan mengugut saksi, membakar dan menghilangkan semua dokumen berkaitan kes. Ibarat orang pergi memburu burung dihutan. Sambil masuk hutan sambil palu gendang. Jadi apa yang tinggal, burung habis semua lari.. yang tinggal hanyalah tahi burung.

Janganlah kita rosakkan reputasi dan keyakinan masyarakat terhadap agensi ini. Jangan jadikan agensi ini kuda tunggangan kita hanya untuk menjatuhkan pihak lain. Nasihat ini untuk yang BN dan yang PR.

 

 

 
2 Comments

Posted by on March 22, 2012 in Uncategorized

 

SEJENAK BERSAMA BLOGGER BERTARAF OTAI

Pertemuan dengan blogger bertaraf otai yang juga merupakan seorang ahli politik veteran banyak memberi pengajaran. Perbincangan bersemuka sebegini adakala membolehkan kita bertukar-tukar pandangan mengenai apa jua isu semasa termasuk, politik, kepimpinan, agensi kerajaan dan isu rasuah khususnya.

Pengalamannya dipecat keahlian sebanyak dua kali dari parti kerana terlalu vokal  menyuarakan pandangan dengan kritikan sinis dan tajam, bukan halangan untuk beliau terus menerus menegur kepimpinan negara. Menurut seorang teman seperjuangan, otai ini mempunyai nyawa yang panjang dalam politik, ada 7 talian hayat semuanya. Dua dah digunakan, ada lima lagi, Katanya dalam nada bergurau.

Perkara pertama yang disentuh, KSN dan KPPA patut letak jawatan. Hehehe. Panas-panas isu ini. Katanya kedua-dua wajar letak jawatan atas kegagalan kepada pengenalan SBPA baru-baru ini. Pembatalan ini merupakan tamparan hebat kepada KSN khususnya kerana beliaulah yang bertanggungjawab memperkenalkan SBPA. Apa yang diperjuangkan dalam SBPA hanyalah kenaikan gaji melampau setaraf korporat bagi pegawai-pegawai tinggi Kerajaan yang setaraf KSN. Kegagalan ini memberikan tamparan yang hebat kepada Kerajaan kerana ia menimbulkan rasa sangsi dan kemarahan golongan pertengahan dan bawahan. Kesannya, PM sendiri terpaksa mengumumkan pembatalan SBPA. Apa yang perlu dipelajari oleh KSN dan KPPA ialah penglibatan semua pihak dalam perbincangan dan pembuatan sesuatu polisi. Jangan dok sedap dan syok sendiri. Kemasukan orang-orang korporat ke dalam perkhidmatan kerajaan belum tentu berupaya mengubah corak dan budaya kerja perkhidmatan awam. Pegawai awam yang bermula dari bawah dan telah berkhidmat puluhan tahun wajar diberikan pendedahan dan pengiktirafan serta peluang. Mereka ini telah berkhidmat bukan setakat makan gaji dan memenuhi tuntutan tugas semata-mata tetapi yang penting ketaatan dan kesetiaan kepada perkhidmatan awam dan Kerajaan. Kenapa semakin ramai pegawai awam semakin terpesong kepada pujukan pembangkang??? Inilah kesan kegagalan dan kelemahan kepimpinan perkhidmatan awam yang ada pada hari ini. Renung-renungkan lah.

Menyentuh bab SPRM, otai ini menegaskan bahawa masyarakat tidak cukup dididik dan didedahkan mengenai kefahaman mengenai cara bagaimana rasuah itu dapat dicegah. Si otai jelaskan bahawa masyarakat tidak diberikan maklumat cara bagaimana mereka boleh mencegah rasuah tanpa kehadiran SPRM. Sebagai contoh, adakah mereka boleh menangkap sendiri orang yang cuba minta atau tawarkan rasuah? Dalam erti kata lain, citizen arrest. Mengambil contoh kes khalwat yang libatkan ostat di kuantan. Katanya si ostat dok mencanang yang beliau tidak ditangkap oleh JAIP dan menjelaskan itu adalah fitnah BN. Hakikatnya, memang dia tidak ditangkap oleh JAIP tetapi ditangkap oleh sekumpulan orang awam termasuk suami pasangannya. Tangkapan ini adalah citizen arrest. So, mengikut undang-undang citizen arrest boleh dibuat dan apabila sipenjenayah ditangkap ianya perlu diserahkan kepada pihak berkuasa dan tangkapan semula dibuat oleh agensi terbabit.

Era ini adalah era psychological war fair. Justeru itu, walau bagus mana SPRM buat, akan ada saja individu tertentu yang bantai. Semuanya untuk tujuan politik. Pembangkang baginya, hidup atau survive atas isu. Oleh itu, setiap hari perlu korek isu untuk pastikan rakyat terus sokong. Kalau tak ada isu, mana nak dapat publisiti.menurut otai tersebut, selagi orang dok heboh bercakap mengenai SPRM, ini bermakna SPRM masih relevan. Keberkesanan SPRM semakin dirasai sebenarnya. Rakyat yakin dan percaya dengan SPRM, sebab itu, semua pergi SPRM untuk buat repot. baik pembangkang mahupun penyokong kerajaan.

 

 

 
3 Comments

Posted by on March 13, 2012 in Uncategorized

 

TAK NAK TO POLITICAL FUNDING

Sejak PM Najib umumkan inisiatif Kerajaan untuk wujudkan satu polisi jelas berhubung Political Funding atau Political Financing langsung tak ada satupun Parti Politik termasuk BN atau PR yang menyahut perkara ini. Masing-masing buat pekak badak dan berdiam dengan harapan rakyat akan lupa akan syor Najib tersebut.

Political funding ini sentiasa menjadi isu panas bukan sahaja di Malaysia malahan negara-negara maju melibatkan Amerika Syarikat dan Britain. Dikatakan banyak penyelewengan berlaku kerana ia melibatkan jumlah kewangan yang besar. Untuk menjadi ahli politik, salah satu dari kriteria penting di Malaysia ialah mempunyai jumlah simpanan yang banyak. Kalau tak berapa nak kaya baik jangan mimpi nak jadi ahli politik. Inilah budaya politik yang wujud di negara kita. Politik bercirikan kebajikan masih kuat dan ahli politik khususnya yang memegang jawatan ADUN dan Ahli Parlimen merupakan rujukan utama masyarakat yang berdepan dengan isu kesempitan hidup. Tanggungjawab sebagai ADUN dan Ahli Parlimen memang beban. Kalau setakat jadi ADUN dan MP tanpa pegang apa-apa jadi Menteri atau Timbalan atau Exco, baik jangan jadi Ahli Politik. Tak balik modal. Manakan tidak, kena jaga pengundi, AJK Bahagian, penyokong dan macam-macam orang. Kalau tak dijaga, gerenti sepenggal sajalah nama naik. Inilah resam yang berlaku dalam politik hari ini.

Oleh sebab itulah, kalau ADUN dan MP yang cukup-cukup duit nak jadi pemimpin, terpaksalah buat kerja-kerja salah. Paw sana sini. Pantang jumpa kontraktor, perkataan pertama takkan tak ada apa-apa, untuk Parti, untuk kawasan!! Mana-mana yang agak daring sikit, mulalah buat kerja-kerja palsukan tuntutan. Manakan tidak untuk keluarkan bajet ADUN dan MP kat Pejabat daerah bukan senang. Kena buat projek baru boleh keluar. Apalah ada setakat RM500,000. Pening-pening jadi ADUN atau MP ni.

Kerajaan yang memerintah perlu kaji semula jumlah peruntukan kepada ADUN dan MP. RM500,000 untuk ADUN dan RM1 juta untuk MP taklah cukup. Tambahlah sikit. Kalau tak silap, Kerajaan ada umum menaikkan elaun ADUN dan MP dalam bajet yang lepas. Tapi mendapat tentangan dari Ketua Pembangkang. So, Najib ambil keputusan batalkan. Hehehe. memang bangang Ketua pembangkang. Pembatalan ini bukan sahaja bengangkan MP dan ADUN BN sahaja malahan MP dan ADUN PR juga bengang. Dia dah kaya raya, simpan duit kat Israel bolehlah bantah. Macam mana yang lain???

Polisi tentang Political Funding ini penting kerana ia boleh mengelakkan ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk kepentingan diri. Minta sumbangan, kata untuk parti, untuk rakyat tapi masuk poket sendiri. Kalau betul-betul jujur untuk parti dan rakyat, kenapa tak dideclare dan dimasukkan dalam akaun parti. Jangan tetiba keluar dalam media, duit masuk dalam akaun, tetapi program tak dibuat. Macam yang libatkan dua tiga orang kuat yang keluar akhbar hari tu!!! Baru mengelabah nak jawap, mula-mula pusing rata, last-last mengaku.

Ada baiknya, parti-parti politik yang ada keluarkan arahan segera kepada semua ahli untuk mematuhi arahan PM ni. Memandangkan pilihanraya da hampir dekat, maka lagi cepat arahan keluar lagi bagus. Kalau tak makin banyaklah yang gunakan alahan PRU13 untuk kutip kekayaan peribadi. Busuk nama parti!! Polisi ini bukan setakat BN tapi termasuk juga PR.

 
2 Comments

Posted by on March 12, 2012 in Uncategorized